Budaya kemiskinan

Budaya kemiskinan adalah sebuah konsep dalam teori sosial yang menegaskan bahawa sifat seseorang yang sedang mengalami kemiskinan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keadaan mereka yang miskin, malah mampu mengekalkan kitaran kemiskinan merentas generasi mereka. Konsep ini telah menarik perhatian para pembuat dasar polisi pada tahun 1970-an, dan telah menerima kritikan dari para ahli akademik ( Goode & Eames 1996 ; Bourgois 2001 ; Small, Harding & Lamont 2010 ). Teori ini membuat kemunculan semula pada awal abad ke-21. [1] Teori ini menawarkan satu cara untuk menjelaskan mengapa kemiskinan boleh wujud walaupun terdapat program anti-kemiskinan yang dilaksanakan. Perbincangan pada awal pembentukan teori ini mencadangkan yang bahawa orang miskin mempunyai kekurangan sumber dan "tersangkut" dalam sebuah sistem yang mengekalkan kemiskinan. Pengkritik kepada semasa awal pembentukan teori ini ialah kemiskinan mesti menganalisis bagaimana faktor struktur berinteraksi dengan keadaan sifat individu ( Goode & Eames 1996 ; Bourgois 2001 ; Small, Harding & Lamont 2010 ). Seperti yang dinyatakan oleh Small, Harding & Lamont (2010), "memandangkan tindakan manusia dikekang dan didayakan oleh makna yang diberikan orang kepada tindakan mereka, dinamik ini harus menjadi pusat pemahaman kita tentang pengeluaran dan perkembangan budaya kemiskinan dan ketidaksamaan sosial ." Wacana lanjut menunjukkan bahawa kerja Oscar Lewis telah disalahertikan. [2]